ARTIKEL

SUKMA XXI 2024: 51 orang sertai kursus pengadil SALBA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA) siap siaga menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Sarawak 2024.

Badan induk berkenaan menerusi kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (MLBF) telah menganjurkan Kursus Pengadil Boling Padang Tahap 1 & 2 Kebangsaan 2024.

Presiden SALBA, Awang Mahyan Awang Mohamed memberitahu, kursus tersebut sebagai persediaan pihaknya bersama dua badan induk tertinggi (SSC & MLBF) menyediakan pengadil untuk mengendalikan perlawanan sepanjang SUKMA XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

“Pihak kita komited dalam menyediakan barisan tenaga pengadil untuk Sukma XXI Sarawak 2024.

“Justeru, penganjuran kursus terbabit pada dasarnya mampu merealisasi keperluan bagi tujuan tersebut,” ujar Mahyan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Mahyan, kursus berkenaan berlangsung empat hari bermula dari 18 hingga 21 April di Dewan Suarah Kuching.

Katanya, kursus berkenaan yang melibatkan seramai 51 orang mencakupi 29 orang bagi kursus Level 1 dan 22 orang untuk Level 2.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU