KEMENTERIAN Belia Dan Sukan (KBS) sedia membantu Kerajaan Sarawak dalam pelbagai aspek memastikan kelancaraan penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 pada 2024.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, mereka yang terlibat dalam penganjuran temasya berprestij negara itu sudah lama menjalinkan kerjasama.
“Datuk Gerald Rentap Jabu sudah memberi taklimat kepada saya bahawa mereka mempunyai beberapa permintaan berhubung penganjuran Sukma XXI 2024.
“Kita mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Bahagian Kuching di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia Dan Sukan, Kuching semalam.
Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu serta pegawai kanan KBS.
Beliau berkata, KBS melihat bagaimana pendekatan mereka memberikan bantuan kepada Kerajaan Sarawak.
“Kita akan bincang dan melihat apakah cara yang paling sesuai untuk memberi bantuan bagi memastikan penganjuran Sukma XXI 2024 berlangsung dengan jayannya kelak,” tambah beliau lagi.
Temasya dwitahunan negara itu dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos 2024.
Menariknya penganjuran Sukma XXI 2024 yang turut melibatkan lapan bahagian lain seperti Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.