ARTIKEL

Atlet dari skuad menembak dan pasukan bola sepak wanita SUKMA bergambar bersama ADUN Katibas, Lidam Assan (belakang, baju putih).

SUKMA XXI 2024: Ketahanan mental, fizikal atlet menembak, bola sepak terus dipertingkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha untuk meningkatkan ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan skuad atlet dari dua jenis sukan, bola sepak wanita dan menembak, terus dipertingkat.

Atlet dari kedua-dua pasukan tersebut telah pun menyertai bengkel khas (Team Bonding ‘Unlock Your Own Potential & Individual Setting’ dan Program Ibadah Korban) yang diadakan di Agropark Mile 20, Sibu-Bintulu Pan Borneo Highway, yang berakhir semalam.

Program selama empat hari (15-18 Jun) itu turut mengetengahkan pelbagai pengisian aktiviti sebagaimana yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, memberitahu bahawa pihaknya komited untuk terus membentuk ketahanan mental dan fizikal atlet sebagai persiapan menghadapi temasya SUKMA XXI 2024.

“Bengkel khas membabitkan atlet dari dua pasukan itu dilihat sebagai usaha meningkatkan serta memantapkan ketahanan mental dan fizikal atlet terbabit.

“Kita melihat ia sebagai langkah yang tepat kerana pada masa sama atlet terlibat daripada kedua-dua pasukan berkenaan dapat memperoleh pengalaman baharu menerusi perkongsian maklumat sepanjang bengkel itu dijalankan,” ujar Awang Putrayusrie.

Beliau berharap atlet terlibat dapat mengguna pakai apa yang diperoleh daripada bengkel berkenaan di pentas saingan sebenar kelak.

“Saya percaya segala perkongsian ilmu yang diperoleh atlet menerusi bengkel berkenaan akan menjadi penanda aras terbaik untuk mereka bersaing di kejohanan (SUKMA XXI) sebenar kelak,” tambah Awang Putrayusrie lagi.

Majlis penangguhan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Katibas, Lidam Assan.

Bengkel tersebut dianjur oleh SSC dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) yang melibatkan 60 orang, mencakupi 23 atlet dari skuad bola sepak wanita dan 17 atlet dari skuad menembak, termasuk jurulatih serta pegawai.

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul