ARTIKEL

Rahman (duduk kanan) dan Morshidi (duduk tengah) merakam gambar bersama petinju. - Foto: Ramidi Subari

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk mengutip sekurang-kurangnya enam pingat emas di kejohanan berprestij itu kelak.

Persatuan itu mengharapkan himpunan pingat tersebut menerusi dua kelompok petinju berbeza iaitu empat dari kategori lelaki dan dua dari kategori wanita.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, matlamat itu selari dengan hasrat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang mahu kem tinju menghadiahkan sekurang-kurangnya enam pingat emas di temasya berprestij itu.

“Saya percaya sasaran enam pingat emas tersebut dilihat mampu direalisasikan walaupun kita tahu ada satu kategori wanita digugurkan.

“Ia mengambil kira persiapan dilakukan pihak kita terhadap petinju ketika ini bagi menghadapi temasya dwitahunan negara itu nanti,” ujar Rahman pada sidang media selesai pertarungan Daeloniel Mcdelon Bong dan Herlan Gomez di Pusat Tinju Elit Sarawak, Stadium Sarawak pagi tadi.

Hadir sama menyaksikan pertarungan itu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick, dan Pengurus Tinju SUKMA Sarawak, Jamal Shaikh Abdullah.

Temasya SUKMA XXI 2024 berlangsung lapan hari bermula dari 17 hingga 24 Ogos akan datang.

Sembilan bahagian di negeri ini iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri dipilih untuk menjadi gelanggang pelbagai acara sepanjang SUKMA XXI 2024.

Acara sukan tinju akan diadakan di Stadium Tertutup Sri Aman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai