ARTIKEL

Para pemain mendengar taklimat sebaik berakhir perlawanan persahabatan menentang Grace CBF United semalam.

SUKMA XXI 2024: Skuad bola sepak wanita Sarawak pamer peningkatan prestasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Sarawak, Suffian Ibrahim, berpuas hati dengan prestasi semasa para pemainnya.

Beliau berharap peningkatan akan terus dipamerkan oleh anak buahnya untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

“Tahap kecergasan dan keserasian dipamer pemain setakat ini cukup baik, apa yang jelas prestasi semasa mereka turut meningkat,” ujar Suffian kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun, beliau tetap melihat masih ada kelemahan yang perlu diberi perhatian.

Dengan kata lain, tegas Suffian, kelemahan dalam beberapa aspek dan posisi akan terus diberi tumpuan selepas ini.

“Dua aksi persahabatan telah dilalui pemain setakat ini dan saya melihat beberapa posisi yang harus dimantapkan lagi,” tambah Suffian.

Semalam skuad kendaliannya itu mengadakan aksi persahabatan dengan kelab handalan dari Serian, Grace CBF United, di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Menurut Suffian, perlawanan tersebut memberi peluang kepadanya untuk menguji kemampuan para pemain.

Skuad bola sepak wanita negeri dalam rangka mengadakan enam aksi persahabatan sebagai persiapan bagi menghadapi saingan di SUKMA akan datang.

Tiga perlawanan tersebut melibatkan pasukan dari jiran tetangga, Sabah, manakala tiga lagi perlawanan membabitkan kelab handalan dari Semenanjung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU