ARTIKEL

TERUS FOKUS...Sebahagian pemain fokus ketika sesi latihan.

SUKMA XXI 2024: Skuad boling padang berkampung di Terengganu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Langkah drastik dilakukan skuad boling padang Sarawak dalam memperkasa persiapan pemainnya bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Barisan pemain dua konsesi berbeza (lelaki dan wanita) diberi tanggungjawab bersaing dalam kejohanan berprestij negara itu kini berkampung di Terengganu.

Mereka menjalankan latihan, mengadakan aksi persahabatan serta terlibat dengan dua kejohanan di sana.

Pengurus Pasukan, Nuruljumaniza Tuah memberitahu, kesemua pemain berada di Terengganu sejak 16 April lalu dan dijangka kembali ke Kuching pada penghujung Jun depan.

“Mereka meneruskan latihan seperti biasa ketika ini di Terengganu. Selepas ini fokus kepada dua kejohanan di sana,” ujar Nuruljumaniza kepada Arena Suara Sarawak.

Dua kejohanan terbabit ialah Kejohanan Boling Padang Terbuka Empat Berpasangan Terengganu 2024 yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 15 Jun depan.

Di samping Kejohanan Boling Padang Jemputan Enam Penjuru (Pra Sukma) 2024 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Jun.

Ia merupakan peluang bagi pemain melihatkan kemampuan sebenar mereka dan kesempatan memperbaiki prestasi masing-masing.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU