ARTIKEL

Datuk Ismail Abang Saufi (berdiri di tengah) bersama para pemain bergambar di Kelab Takraw Ratchaburi, Thailand.

SUKMA XXI 2024: Skuad takraw berguru di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KALIMANTAN BARAT, Indonesia: Tonik tambahan terus diperoleh barisan pemain skuad sepak takraw lelaki dan wanita sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Pemain kedua-dua skuad terbabit kini berada di negara gajah perang, Thailand, untuk menjalani latihan insentif berpusat di Kelab Takraw Ratchaburi.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Haji Saufi, menegaskan bahawa barisan pemain kedua-dua skuad terbabit berlatih di sana (Kelab Takraw Ratchaburi) sebagai mana ditetapkan oleh pihaknya sebelum ini.

“Sepanjang menjalani latihan di pusat terbabit, pemain turut mendapat tunjuk ajar daripada bekas tekong nombor satu dari Thailand, Rattadech,” ujar Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya pengalaman serta ilmu yang diperoleh dari ‘kuasa tekong kuda’ itu dapat meningkatkan lagi prestasi pemain kedua-dua skuad berkenaan.

Ia sekali gus dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada saingan sebenar di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang dijadual berlangsung bermula dari 17 hingga 24 Ogos akan datang.

Terdahulu, Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kelab berkenaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan melibatkan semua pemain kedua-dua skuad berkenaan.

“Pihak kita berpuas hati dengan kemudahan yang ada di pusat latihan ini serta jadual latihannya.

“Para pemain jelas begitu selesa dengan kemudahan yang terdapat di pusat latihan ini,” tambah Dato Ismail.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta