ARTIKEL

PRESIDEN SABA...Datuk Rahman Lariwoo.

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan Wilbur Buag Andogan (penolong jurulatih) bakal kehilangan satu pingat emas di temasya itu kelak.

Ini kerana salah satu kategori iaitu Light Welterweight Wanita (57kg-63kg) bakal digugurkan dari dipertandingkan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu.

Justeru, melihat ia musibah luar jangkaan yang agak sukar untuk diterima setakat ini.

Mengambil kira persiapan petinju wanita Sarawak untuk kategori terbabit sudah bersedia sepenuhnya.

“Kita bakal kehilangan satu pingat emas pada Sukma XXI Sarawak 2024 nanti kerana kategori tersebut (Light Welterweight Wanita/57kg-63kg) akan digugurkan kerana tidak cukup penyertaan,” ujar Datuk Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, setakat ini hanya empat penyertaan negeri diterima membabitkan kategori berkenaan berbanding enam kouta wajib ditetapkan bagi membolehkan acara yang disenarai dapat dipertandingkan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Terdapat kelemahan perlu diperbaiki

KUCHING: Ketua jurulatih skuad sepak takraw Sukma Sarawak, Amir Abu Bakar tidak melihat prestasi semasa pemainnya cukup memuaskan. Meskipun, barisan kendaliannya berjaya menduduki tempat ketiga

Empat beradik jadi taruhan Machan FC

KUCHING: Gandingan empat beradik, Ashri Chuchu, 33, Azman Chuchu, 27, Mohd. Shafitri Salim, 30 dan Mohd. Adif Salim, 26 akan menjadi taruhan di jentera serangan

BERITA TERBARU

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan