ARTIKEL

KAWAL BOLA... Aksi pemain skuad bola sepak wanita Sarawak ketika sesi latihan.

SUKMA XXI 2024: Sukar cari pasukan lawan uji keupayaan skuad bola sepak wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Sarawak, Suffian Ibrahim, berpuas hati dengan peningkatan prestasi semasa anak-anak buahnya.

Walaupun demikian, pada dasarnya, pengemudi berpengalaman luas itu berdepan kesukaran mencari pasukan untuk menguji anak-anak buahnya menerusi aksi persahabatan.

“Sesi latihan masuk minggu keenam dijalankan.

“Nampak perubahan ketara pada semua pemain apabila mereka berjaya mempamerkan segala yang dipraktikkan semasa latihan,” ujar Suffian kepada Arena Suara Sarawak.

Ketika ini, tegas Suffian, barisan kendaliannya baharu mengharungi satu perlawanan persahabatan dan mereka amat memerlukan aksi kompetitif seperti itu.

Ia penting bagi memastikan pemain dapat mengekal momentum pada diri masing-masing.

“Kita menghadapi kesukaran untuk mengadakan aksi persahabatan kerana kekurangan pasukan wanita,” tegas Suffian.

BERITA LAIN

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini. Juara

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36