ARTIKEL

Amir Abu Bakar (berdiri dua dari kanan) bersama pemainnya selesai kejohanan.

SUKMA XXI 2024: Terdapat kelemahan perlu diperbaiki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih skuad sepak takraw Sukma Sarawak, Amir Abu Bakar tidak melihat prestasi semasa pemainnya cukup memuaskan.

Meskipun, barisan kendaliannya berjaya menduduki tempat ketiga bersama acara beregu di Kejohanan Sepak Takraw Lelaki & Wanita Piala Presiden PESENANG 2024 di Pulau Pinang baru-baru ini, ia bukan penanda aras bagi mengharungi temasya berprestij dwitahunan itu.

Sebaliknya tegas Amir, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaik.

Usaha ke arah itu penting bagi memastikan skuad yang bakal dipertaruhkan mantap sepenuhnya.

Apatah lagi mengambil kira tempoh tidak sampai 100 hari sebelum tirai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 disingkap sepenuhnya dan harus dimanfaat sepenuhnya.

“Memang ada perkembangan positif terhadap prestasi pemain ketika ini jika mengambil kira kejayaan menduduki tempat ketiga bersama dalam kejohanan itu.

“Bagi saya, ia tidak boleh dijadikan penanda aras sebenar kerana masih terdapat kelemahan yang harus diperbaiki,” ujar Amir kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas beliau, masa yang ada akan diperguna sebaik mungkin ke arah itu.

“Dengan kata lain, akan cuba fokus memperbaiki kelemahan di posisi yang dikenal pasti,” tambah Amir.

Pada kejohanan yang berlangsung tiga hari (26-29 April) lalu turut menyaksikan beregu dari Kedah yang turut menduduki tempat ketiga bersama.

Juara milik beregu Selangor dan Perlis selaku naib juara.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU