ARTIKEL

Datuk Abdullah Saidol (tengah) sempat merakam kenangan bersama peserta bengkel.

SUKMA XXI & Para SUKMA XXI 2024: Pastikan capaian Internet pada tahap terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Capaian rangkaian Internet yang terbaik sepanjang berlangsungnya dua temasya sukan berprestij negara, Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para Sukma XXI 2024 antara agenda yang diberi fokus.

Ia penting bagi memastikan liputan serta laporan membabitkan acara sukan dipertandingkan di semua venue dengan adanya rangkaian mudah alih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menegaskan bahawa itu antara peringatan yang diberikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepada beliau.

Menurut Abdullah, beliau telah memberi maklumat terkini kepada Premier Sarawak tentang penubuhan sembilan pusat media di seluruh negeri dan perkara-perkara lain yang diyakininya penting berkaitan dengan acara SUKMA dan Para SUKMA.

“Bagaimanapun, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengingatkan,
perkara yang paling penting ialah memastikan sambungan Internet di semua pusat media berada pada tahap terbaik sekali.

“Oleh yang demikian, pihak UKAS mungkin perlu menulis surat khas kepada agensi bertanggungjawab untuk memastikan sambungan Internet dan liputan rangkaian mudah alih kita nanti berada pada tahap terbaik tanpa sebarang masalah,” ujar Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Pengendalian SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI 2024 di Hotel Imperial petang tadi.

Beliau akui, tugasan di semua pusat media banyak bergantung kepada liputan telekomunikasi yang disediakan selain urusan logistik.

Beliau berkata, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, juga turut mengingatkan kepada semua pegawai yang bertugas sepanjang SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI bahawa mereka diibaratkan sebagai duta bagi Sarawak.

“Pada setiap acara sukan yang dilangsungkan kelak, komuniti di luar Sarawak atau negeri lain pastinya ingin mengetahui perkembangan terkini atlet mereka yang bertanding di Sarawak.

“Dari itu, media akan menyalurkan maklumat dan berita ini kepada mereka melalui platform arus perdana.

“Pada masa sama, terdapat juga laporan berita tidak rasmi melalui media sosial yang akan menceritakan kisah sampingan selain acara sukan, seperti pengalaman pertama pengunjung melawat ke Sarawak serta berpeluang menikmati makanan dan sebagainya,” tambah Abdullah.

Justeru, kata beliau, petugas terlibat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memberikan imej terbaik keramahan rakyat di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Komuniti UKAS, Anwar Hanafi Ardimanshah, memberitahu bahawa bengkel dua hari (9-10 Julai) itu bertujuan untuk mempersiapkan para petugas dari pelbagai agensi berkaitan bagi menghadapi tugasan sepanjang SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Katanya, seramai 110 peserta mewakili pelbagai agensi berkaitan menyertai bengkel tersebut.

Temasya SUKMA XXI akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan di sembilan bahagian, manakala Para SUKMA XXI akan berlangsung dari 20 hingga 28 September.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara