ARTIKEL

Tun Wan Junaidi (dua kiri) memeriksa Kawalan Kehormat Utama sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19, pagi tadi. | Foto: Ramidi Subari

SUKMA XXI peluang anak Sarawak pamer potensi – TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, yang menyaksikan Sarawak sebagai tuan rumah, harus dijadikan sebagai peluang bagi anak Sarawak untuk mempamerkan potensi, bakat dan kecemerlangan dalam sukan.

Justeru, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap melalui SUKMA kali ini, atlet Sarawak dapat mempamerkan prestasi cemerlang untuk mengharumkan nama Sarawak.

“Kepada kontinjen Sarawak, berjuanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan buktikanlah bakat anak Sarawak di peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di Kompleks DUN Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi berbesar hati kerana Sarawak diberi penghormatan untuk menganjurkan SUKMA Ke-21 pada tahun ini.

Malah, beliau yakin Sarawak mampu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi temasya sukan terbesar Malaysia itu, yang menjadi medan pembangunan bakat muda dalam pelbagai acara sukan.

“Saya juga menyeru semua pihak terlibat untuk bekerjasama dan berganding bahu bagi memastikan penganjuran SUKMA ini berjalan dengan jayanya,” katanya.

SUKMA XXI Sarawak 2024, yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti, menawarkan sebanyak 488 acara yang terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka melibatkan 37 jenis sukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk