ARTIKEL

Abdul Karim mewakili Premier Sarawak melancarkan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI Ke-21 di Hotel Pullman, Kuching, hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

SUKMA XXI: Platform semangat kebangsaan dan perpaduan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Ke-21 bukan hanya penganjuran terbesar negara sejak ia bermula 1986, tetapi juga platform penting yang membawa semangat kebangsaan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat.
 
Menghimpunkan lebih 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri di Malaysia termasuk negara Brunei, kejohanan yang menampilkan 37 sukan dan 490 acara itu turut memberi peluang kepada semua menikmati kekayaan budaya masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pencapaian dalam gelanggang sukan kejohanan tersebut bukan hanya untuk mengejar kecemerlangan, tetapi turut memupuk semangat kebersamaan.

“Pelancaran hari ini sekali gus membawa harapan baharu, semangat persaudaraan dan inspirasi kepada kita semua kerana sukan bukan sekadar pertandingan.
 
“Namun, ia merupakan wadah pembinaan karakter, kepimpinan pengurusan dan semangat kesukanan yang tinggi sebagai platform memupuk kecemerlangan, semangat persaingan yang sihat dan kekuatan bersatu padu dalam kalangan atlet muda negara.

“Semangat inilah yang akan meleburkan perbezaan dan mengukuhkan jalinan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam teks yang dibacakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Pelancaran SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI 2024 di Hotel Pullman, di sini, hari ini.
 
Katanya, sebagai tuan rumah dan negeri yang diamanahkan, Kerajaan Sarawak komited menyediakan persekitaran kondusif, memberikan sokongan berkekalan dan memastikan setiap peserta merasai pengalaman yang bermakna.
 
Kejohanan Sukma dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan bahagian di negeri ini, bertujuan memberi peluang kepada masyarakat luar bandar Kuching menonton kejohanan bertaraf tinggi itu.

Baca lain  Atlet tenpin boling Sarawak hebat
Abdul Karim, serta tetamu kehormat yang lain dan barisan atlet merakam gambar kenangan selepas pelancaran Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI Ke-21 di Hotel Pullman, Kuching, hari ini. – FOTO: RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh