ARTIKEL

Michael Tiang (tiga kanan) menyampaikan pingat simbolik kepada ikon-ikon sukan dari Bahagian Sibu. - Foto: UKAS

SUKMA XXI Sarawak 2024: Sibu anjur pertandingan bola sepak, badminton dan bola tampar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bahagian Sibu telah dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran tiga acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata tiga acara yang akan diadakan di Bahagian Sibu adalah bola sepak, badminton dan bola tampar.

“Sukan ini akan diadakan di Stadium Tun Zaidi, Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya, Sibu Indoor Stadium dan Dewan Bola Tampar Rejang Park Sibu yang melibatkan sekitar 726 penyertaan.

“Justeru, setelah dipilih sebagai tuan rumah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan persekitaran yang kondusif,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

Dalam pada itu, Michael yakin dengan sokongan daripada semua pihak, SUKMA 2024 akan menjadi temasya sukan yang berjaya dan meninggalkan impak positif kepada sukan negara.

“Kita amat berharap untuk melihat kejayaan cemerlang atlet-atlet Sarawak dalam meraih seberapa banyak pingat emas dan mencipta rekod kejohanan yang sudah pasti menaikkan imej Sarawak sebagai kuasa sukan di Malaysia.

“Justeru, saya menyeru kepada semua warga Sarawak agar sama-sama meraikan temasya berprestij ini dengan memberi sokongan padu dan semangat juang kepada atlet-atlet Sarawak yang bertanding,” ujarnya.

Terdahulu, acara lepas mula baton telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chien Jin Ek, bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee.

Larian melibatkan seramai 500 peserta dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon sukan dan bekas atlet Bahagian SIBU yang diketuai oleh Jessica Lau Kiu Ee serta yang lain, termasuk Wong Liong Khiong, Lim Hoon Eng, Gilbert Cassedy Gawing, Mohamad Zamry, Thoo Sue Lan dan Vinton Javed.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU