ARTIKEL

KUNJUNGAN HORMAT...Datuk Sri Abdul Karim (tengah) dan rombongan berkesempatan merakam gambar bersama-sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dipejabat beliau.

SUKMA XXI: Sarawak mampu jadi tuan rumah terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah yakin penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan menjadi yang terbaik berbanding sebelumnya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melahirkan keyakinan itu kerana percaya Kerajaan Sarawak mampu menjadi tuan rumah atau penganjur terbaik temasya dwitahunan itu.

“Sabah menghantar Kontinjen untuk temasya Sukma dan Para Sukma XXI 2024 yang besar untuk bersaing dengan atlet negeri-negeri lain termasuk Sarawak.

“Kita percaya penganjuran kali ini sangat baik kerana yakin Sarawak boleh melakukan yang terbaik,” katanya.

Delegasi Sarawak untuk menjemput Sabah menyertai SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 itu diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah.

JEMPUTAN…HORMAT…Datuk Sri Abdul Karim (empat dari kiri) menyerah watikah jemputan rasmi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (dua dari kanan) di pejabat beliau.

Sementara itu, Abdul Karim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah kerana menyatakan persetujuan untuk turut serta pada Sukma dan Para Sukma kali ini.

Dalam pada itu, Datuk Sri Fatimah berjanji kontinjen Para Sukma Sarawak akan membariskan kontinjen terkuat untuk merampas semuka mahkota kejuaraan daripada Sabah.

“Kita menjangka persaingan sengit membabitkan atlet Para Sukma Sabah dan Para Sukma Sarawak.

“Kita juga mahu memastikan memberi tentangan sengit kepada kontinjen Sabah nanti,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Sasaran 70 emas realistik

SEBAGAI tuan rumah dan selaku bekas juara tiga kali berturut-turut (1990, 1992 dan 1994), adalah wajar untuk kontinjen Sarawak mengimpikan kejuaraan keempat temasya sukan berprestij

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi