ARTIKEL

KETUA KONTINJEN…Datuk Gerald Rentap Jabu. - FOTO UKAS

SUKMA XXII: Sarawak Sasar 75 Emas, Pertahan Gelaran Juara Keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Sarawak menyasarkan 75 pingat emas dalam usaha mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia Ke-22 (SUKMA XXII) 2026 yang berlangsung di Selangor bermula dari 15 hingga 24 Ogos ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Chef de Mission Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, seramai 930 orang terdiri daripada atlet dan pegawai akan berlepas ke Selangor bagi menyertai temasya yang mempertandingkan 37 jenis sukan melibatkan 469 acara di beberapa lokasi di seluruh negeri itu.

Menurut beliau, para atlet kini berada pada tahap prestasi terbaik dan membuat persediaan rapi, khususnya dari aspek teknikal untuk menghadapi saingan.

“Untuk muncul juara, kita menyasarkan 75 pingat emas. Pada SUKMA 2024 di Sarawak, kita memenangi 76 pingat emas. Saya yakin sekiranya sasaran ini dapat dicapai, kita sekali lagi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan bual bicara Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Studio UKAS petang tadi.

Mengulas lanjut, Datuk Gerald berkata persiapan atlet dilaksanakan secara menyeluruh sejak dua tahun lalu menerusi program latihan intensif serta penyertaan dalam pelbagai pertandingan bagi menambah pengalaman dan memastikan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang temasya itu.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa semangat juang yang tinggi serta persiapan rapi kontinjen akan menjadi pemangkin kepada Sarawak untuk berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan SUKMA.

BERITA LAIN

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk