ARTIKEL

SUKSAR III: Zon Tengah ungguli bola keranjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Kem bola keranjang Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) menyapu bersih pingat emas pada hari terakhir Sukan Sarawak (SUKSAR) III Sibu 2023.

Malah, skuad wanita Zon Tengah dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran Zon Utara (Bintulu, Miri, Limbang) dalam aksi final berlangsung di gelanggang bola keranjang K.R.T Sg. Antu, Sibu apabila memperoleh kemenangan (67-48) bagi memastikan kilauan emas milik mereka.

Kecemerlangan sama turut dipamer skuad lelaki yang berjaya menumpaskan Zon Utara  (Bintulu, Miri, Limbang) menerusi kemenangan (86-68).

Pingat gangsa untuk kategori lelaki dan perempuan dimenangi pasukan Zon Selatan (Kuching, Kota Samarahan, Serian).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan
Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng.

Turut hadir Residen Kapit Galong Luang, Pengerusi Bola Keranjang Sarawak Lau Tung Kiong, Presiden Bola Keranjang Sibu Lee Kwong Tung dan Setiausaha Persatuan Bola Keranjang Sarawak Ho Kui Seng.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan