ARTIKEL

Sultan Mizan rasmi program penanaman pokok di Pantai Batu Buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Program Penanaman Pokok Sepanjang Pantai Batu Buruk ke Pantai Pandak, di sini.

Program yang dianjurkan melalui kerjasama antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Mizan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata sebanyak 3,000 pokok pelbagai spesies ditanam di sepanjang Pantai Batu Burok  hingga ke Pantai Pandak, di sini dalam usaha memeliharan kelestarian alam sekitar.

Katanya program penanaman pokok di kawasan sepanjang 11.3 kilometer (km) itu juga sejajar dengan aspirasi Petronas ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050 dan kempen penanaman 100 juta pokok di bawah program Penghijauan Malaysia.

“Inisiatif ini juga selaras dengan hasrat Petronas untuk menanam satu juta pokok di seluruh negara menjelang 2027.

“Antara spesies pokok yang ditanam termasuk ketapang, rhu pantai, kelapa dan ambung-ambung yang berfungsi sebagai pencegah hakisan serta  penampan daripada kemusnahan akibat bencana alam,” katanya pada majlis perasmian Penanaman Pokok Sepanjang Pantai Buruk Ke Pantai Pandak, di sini hari ini.          

Beliau berkata seramai 100 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Petronas, anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan agensi kerajaan bergotong-royong menanam pokok-pokok berkenaan.

Terdahulu pada majlis tersebut Sultan Mizan turut berkenan menyaksikan penyerahan cek sumbangan oleh Yayasan Petronas sebanyak RM297,500 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,