AKU AIR MATA
Aku ialah air mata
ratapan yang diungkapkan oleh hati
dalam kata yang tak terucapkan
meski mengering pun
‘rasa’ kata-kata itu
tenggelam semakin dalam.
BAHTERA PANGGUNG PAGI
bersyukurlah pagi hari ini
kerana jiwa pagi ini
belum tentu akan kembali
berpijarlah di sepanjang hari ini
kerana raga ini tak terjebak
bersandarlah di penghujung hari ini
kerana rasa ini tak tertolak
menyapalah riuh untuk yang berjuang
dan memilih untuk tidak hanya diam
melihat risalah berteriak
memanjangkan waktu
untuk menggapai impian
dan harapan
MEMBASUH DOA
ada ruang hakikat
dengan kehidupan mendekat
mengunjungi masa dan tempat
sejumput sumbu imajiner terikat
ada waktu setara
selalu saja penuh cara
menemukan adiluhung aksara
seluas hamparan gurun kembara
berseru sekeras mungkin, menghentam!
tak perlu membebani
dengan harapan manikam
biarkan membasuh doa
bersama hasrat terpendam
hinggap mengisi
sekelumit syukur tak padam
PERCA PELUKAN
Duhai kawan
pabila bersemayam luka
tak perlu digenggam
sebab pasti akan berlalu.
Duhai teman
pabila bersemayam pilu
tak risau dirasa
sebab semua akan sirna.
Di mana pun mencari
duhai sahabat
semua akan terurai
bersama pelukan orang terkasih.