ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Sumbangan China terhadap pembangunan, kemakmuran dunia mengagumkan – PM Antigua dan Barbuda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Sumbangan China terhadap kedamaian dan kemakmuran dunia amat mengagumkan, kata Perdana Menteri Antigua dan Barbuda, Gaston Browne.

Beliau berkata sumbangan itu didorong dengan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dianjurkan oleh Presiden Xi Jinping. 

“Dalam tempoh 10 tahun lepas, China menghulurkan bantuan besar kepada negara-negara membangun, membantu mereka meningkatkan keupayaan dalam pelbagai bidang supaya rakyat dapat keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara CGTN di Beijing baru-baru ini. 

Browne ialah pemimpin negara pertama dari Amerika Latin dan Caribbean yang melawat China pada tahun ini dan beliau turut menyaksikan perasmian kedutaan besar negaranya di China.

Antigua dan Barbuda antara negara dari Caribbean Timur yang paling awal menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.

Dalam tempoh 41 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara saling menghormati, sokong-menyokong dan menjadi teladan baik bagi kesamarataan dan kerjasama menang-menang antara negara besar dengan negara kecil.

Browne pada masa sama menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai amat baik. 

Baca lain  Pemberi maklumat FBI didakwa

“Banyak negara tidak dapat memperoleh dana untuk menyokong pembangunannya sekiranya tiada platform pengumpulan dana yang dibina oleh China. 

“Walaupun China bukan negara paling kaya di dunia, tetapi negara itu sentiasa berkongsi dengan negara lain.

China komited mengembangkan ekonomi untuk membolehkan rakyatnya mengatasi kemiskinan.

“China juga mencapai kejayaan yang luar biasa dalam tempoh empat dekad lalu di samping berkongsi pengalaman dan membantu negara-negara lain untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan mewujudkan kemakmuran bersama sejagat,” kata beliau.

Antigua dan Barbuda telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) BRI dengan China pada 2018, menjadikan Antigua dan Barbuda negara pertama dari Caribbean yang menandatangani MoU tersebut dengan China. Langkah ini memberikan manfaat yang benar kepada rakyat kedua-dua negara.

Menurut Browne, pelbagai projek tidak dapat dibina dengan berjaya di negaranya tanpa pinjaman mudah dan bantuan dalam pelbagai bentuk yang disediakan oleh China.

Beliau berkata konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan oleh Presiden Xi memang hebat dan memberikan manfaat yang benar kepada negara-negara membangun. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU