Sumbangan katil percuma ringan beban pesakit terlantar

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyumbang empat buah katil boleh laras bagi meringankan beban pesakit terlantar di kawasan DUN itu, semalam.

Mereka yang menerima sumbangan ialah Ling Ngu Hueh,88, dari Jalan Keli, Chan Ming Yian, 77 tahun (Jalan Tai Ping), Pandak Gawan, 72, (Rumah Nyuka) dan Ling Lee Kiong, 20, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tung Yee baru- baru ini.

Sehubungan itu, jurucakap Pusat Khidmat N.45 Repok memberitahu, setakat ini, wakil rakyat berkenaan juga menyumbangkan sebanyak 12 katil percuma kepada pesakit terlantar sejak April lalu.

Katanya, penerima terdiri daripada pesakit yang terlantar dan tidak berupaya untuk bangun kerana masalah kesihatan dan akibat kemalangan.

Menurutnya, sumbangan juga bertujuan meringankan beban pesakit selain memastikan mereka selesa dan mudah diuruskan.

“Pemberian yang dihulurkan itu sedikit sebanyak menceriakan penerima sekaligus berupaya membuatkan mereka lupa seketika penyakit yang dihadapi,” katanya kepada wartawan.

Jurucakap itu berkata, selain menyampaikan sumbangan katil, wakil rakyat itu juga sering menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Pemberian bantuan ini membuktikan keprihatinan Huang yang memberi fokus kepada usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan,” tambahnya.

Katil percuma untuk Ling Lee Kiong,20, yang terlibat dalam kemalangan di Sarikei baru-baru ini.

 

Sumbangan juga meringankan beban Pandak Gawan, 72, di Rumah Nyuka.

 

Chan Min Yan,77, turut menerima katil penerima katil percuma.

 

Kakitangan pusat khidmat Repok memasang katil untuk Ling Ngu Meh, 88.