Sumbangan terus diberikan kepada mangsa kebakaran di Lundu

LUNDU: Keluarga rumah terbakar yang berlaku semalam di Kampung Sileng Melayu Lundu terus diberi sumbangan daripada orang perseorangan dan NGO.

Sebentar tadi Ketua Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan dan Isteri mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu menyantuni keluarga ini menyampaikan sumbangan peribadi dan kerusi roda untuk Puan Mahdar bt Che Ali yang melecur akibat kebakaran.

Beliau dan seorang cucu perempuan beliau telah di hantar ke Hospital Kuching untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Jamilah Hj Anu telah memaklumkan Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu akan membantu baikpulih rumah itu melalui Projek Baikpulih Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Turut memberi sumbangan hari ini Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu dan SEBERKAS Daerah Lundu yang diserah oleh Ketua Pemuda dan Pengerusi SEBERKAS Daerah Lundu Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Lundu oleh Pengerusi, Puan Latifah Haji Hakim.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita PBB N3 Tanjong Datu, KR Fatimah Abdullah. AJK Pergerakan Wanita PBB N3 Tanjong Datu dan AJK PERKIM Daerah Lundu serta AJK SEBERKAS Daerah Lundu.

Suara Sarawak