ARTIKEL

Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah.

“Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk dinikmati oleh penduduk Mukah daripada generasi dahulu hingga yang akan datang.

“Antaranya, Masjid Setia Raja, Menara Pehin Setia Raja, Jabatan Kuning, Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, Lapangan Terbang Mukah dan sebagainya.

“Dengan kemudahan ini, Mukah mampu menjadi antara kawasan luar bandar yang mengalami kemajuan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mengulas lanjut, ujarnya, sepanjang kepimpinan Allahyarham, Mukah mampu menjadi sebuah bahagian di Sarawak.

Sehubungan itu, Allahyarham juga seorang yang mementingkan pendidikan dengan menjadikan Mukah sebagai hab pendidikan.

“Buktinya, banyak institusi pendidikan ditubuhkan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Laila Taib, Politeknik, CENTEXS, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, GiatMara, SK serta SMK Agama.

“Bukan itu sahaja, acara ikonik masyarakat Melanau iaitu Pesta Kaul Mukah turut diangkat sebagai acara tahunan,” jelasnya.

Selain Mukah, bahagian lain di Sarawak juga menikmati pembangunan yang dibawa oleh Allahyarham.

Baca lain  Lima motosikal hangus terbakar di hadapan syarikat pemilik

“Jika disenaraikan semua sumbangan Allahyarham untuk Sarawak, mungkin tidak terhitung kerana dalam tempoh kepimpinan yang agak lama, Allahyarham sentiasa berusaha untuk memajukan negeri kita.

“Ini termasuk perpaduan yang menjadi aspek utama untuk kita bergerak maju ke hadapan walaupun daripada pelbagai kaum dan agama.

“Allahyarham juga mampu menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama serta memimpin Sarawak dengan semangat tinggi bersama yang lain,” ujarnya.

Tambahnya, Allahyarham merupakan seorang pemimpin berwawasan dan mempunyai kepimpinan yang unggul.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa