ARTIKEL

Sumpahan Jerunei rangkul 17 anugerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Filem Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd terus menempa kejayaan di persada antarabangsa sehingga berjaya meraih 17 anugerah setakat ini.

Pengarah bersama filem, Datin Wendy Wong berkata, ia merupakan satu pencapaian membanggakan kerana mereka menerima anugerah melibatkan hampir keseluruhan unit pembikinan filem.

Menurutnya, kesemua anugerah yang diterima itu melibatkan penerbit terbaik, sinematografi terbaik, pelakon wanita terbaik, pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik, rekaan kostum terbaik, pencahayaan filem terbaik dan lain-lain.

“Selain itu, kita sudah trending dan berada di kedudukan pertama menerusi tayangan di Netflix.

“Semasa pembikinan filem ini kita memang menyasarkan untuk menembusi pasaran filem antarabangsa, sekali gus dapat mempromosikan filem Sarawak dan bukan hanya menyertai festival filem sahaja,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Kejayaan filem tersebut bermula apabila berjaya menarik minat penonton antarabangsa sehingga berjaya memenangi anugerah filem Paris untuk kategori filem cereka terbaik.

Tidak terhenti di situ, filem Sumpahan Jerunei ini turut menerima lima Anugerah Filem Florence iaitu anugerah emas adalah untuk kategori filem cereka terbaik dan penerbit terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo), perak untuk pengarah terbaik (Jason Chong), sinematografi terbaik (Harris Hue Abdullah dan adegan asal terbaik (Sharon Paul).
Selain itu, untuk anugerah tahunan menyaksikan sekali lagi Jason Chong menerima penghargaan pengarah terbaik dan Sharon Paul untuk kategori adegan asal terbaik (anugerah perak).
Semasa Anugerah Sinematografi New York Harris Hue Abdullah turut menerima anugerah sinematografi terbaik, Uqasha Senrose (pelakon wanita terbaik) dan Tony Eusoff (pelakon pembantu lelaki terbaik).

Kejayaan mereka terus dilakar apabila anugerah sinematografi Eropah menyaksikan Uqasha Senrose sekali lagi menerima anugerah pelakon wanita terbaik.

Daiyan Trisha dianugerahkan pelakon pembantu wanita terbaik, Jessie Jok See Yeow (rekaan kostum terbaik) dan Harris Hue Abdullah (pencahayaan filem terbaik).

Filem Sumpahan Jerunei turut menerima Anugerah Seni dan Filem Paris untuk pemilihan rasmi dan pemenang anugerah semasa Festival Filem Bebas Toronto.

Sehubungan itu, Wendy memberitahu mereka membawa sekali gus mempromosikan filem tersebut di pasaran antarabangsa termasuk di Amerika.

“Tahun hadapan kita akan ke Berlin, April pula ke Hong Kong dan pada Mei kita akan ke Canes, Paris.

“Justeru kita berharap akan menerima dan membawa balik lebih banyak lagi anugerah pada masa akan datang,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan ketika tayangan di pawagam 70 peratus penonton adalah dari Sarawak, manakala 30 peratus lagi dari Semenanjung Malaysia.
.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sarawak dan memuji sokongan mereka ini dan kita ingin berkongsi kegembiraan dengan mereka,” jelasnya.
Pembikinan filem tersebut mengambil masa dua tahun bagi menjalankan penyelidikan meluas mengenai suku kaum Melanau dengan sokongan Majlis Adat Istiadat dan Tradisi Anak Negeri Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
Sumpahan Jerunei ini berkisar tentang upacara pengebumian elit suku Melanau dan mengikuti kisah Dr Sani (Bront Palarae) yang pergi untuk ekspedisi di Sarawak bagi mencari isterinya yang hilang ketika mempelajari totem Jerunei.

Filem Sumpahan Jerunei menampilkan pelakon hebat, Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

LAIN-LAIN BERITA

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk