Trending

Sun Life yakin catat pertumbuhan berterusan di pasaran Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan kewangan, Sun Life yakin ia akan terus meraih potensi pertumbuhan yang ditawarkan dalam pasaran Malaysia dengan memanfaatkan keupayaan pengedaran bankasurans dan bancatakaful yang kukuh untuk menggunakan kedua-dua saluran agensi langsung dan hibrid.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life, Kevin Strain berkata kisah kejayaan 10 tahunnya di Malaysia telah terbukti bahawa peluang akan sentiasa ada untuk penyedia insurans dan takaful keluarga.

“Saya sangat berbangga dengan Malaysia dan bukan hanya mengenai pertumbuhan.

Kami telah melihat pihak berkepentingan, rakan kongsi, penasihat dan komuniti kami mendapat manfaat daripada Sun Life Malaysia.

“Kami meraih tiga kali ganda pertumbuhan dalam pendapatan dan hampir separuh daripada pelaburan Sun Life dan Khazanah Nasional Bhd yang dibuat dalam dividen tunai. Jadi, kami telah melakukan pelaburan luar biasa di Malaysia,’’ katanya pada pelancaran majlis sambutan ulang tahun ke-10 Sun Life.

Sun Life Malaysia Assurance Bhd dan Sun Life Malaysia Takaful Bhd adalah usaha sama oleh Sun Life dan Khazanah.

Strain berkata sejak penubuhannya pada tahun 2013, Sun Life Malaysia berjaya menggandakan bahagian pasarannya sebanyak tiga kali ganda dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta pelanggan.

“Malaysia sentiasa istimewa di hati saya kerana ia adalah negara pertama yang saya dapat membawa masuk keluarga (kakitangan) Sun Life.

Seronok melihat pertumbuhannya.

Malaysia menyediakan peluang.

Di setiap tempat kami beroperasi, sentiasa ada cabaran tetapi peluang di Malaysia adalah hebat kerana perkongsian, strategi dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Takaful pacu pertumbuhan dan jualan

Presiden Sun Life Asia, Ingrid Johnson berkata operasi Malaysia sentiasa kukuh dalam penawaran takaful.

“Kami adalah yang pertama di Malaysia dalam bancassurance takaful dengan produk kami.

Kami sebenarnya menggunakan idea di Malaysia untuk mengeksport ke seluruh rantau ini,” katanya sambil menambah bahawa Malaysia turut menyumbang pendapatan yang besar kepada kumpulan itu.

“Kami memberi perkhidmatan di India dan China tetapi 1.2 juta pelanggan di Malaysia, jumlahnya sangat besar dalam pendapatan.

Itu jumlah yang kami tidak dedahkan tetapi daripada perspektif jualan, Malaysia terus menjadi pasaran penting,” katanya.

Secara keseluruhan, Sun Life memberi perkhidmatan kepada 84 juta pelanggan di Asia.

Strategi untuk 10 tahun akan datang

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata perkongsian bankasurans dengan CIMB Bank akan terus diperkukuh.

“Sudah tentu, kami akan meluaskan rangkaian pengedaran kami.

Apa yang kami mahu lakukan ialah terus bekerjasama dengan mereka untuk bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain.

CIMB mempunyai lapan juta pelanggan, jadi jika kami boleh menyediakan kemudahan pelanggan tersebut, ia akan mengukuhkan kedudukan Sun Life.

“Selain itu, kami juga melihat ramai pelanggan suka menggunakan khidmat penasihat untuk perkhidmatan peribadi.

Mereka bergantung kepada penasihat untuk jenis perancangan perlindungan insurans yang kompleks.

Sehubungan itu, kami juga mengembangkan agensi kami secara agresif,’’ kata Lew.

Beliau berkata produktiviti Sun Life Malaysia adalah tiga kali lebih tinggi daripada purata industri tanpa mendedahkan jumlahnya.

Justeru, kami berpendapat dengan melakukan semua ini dalam tempoh 10 tahun akan datang, kedudukan syarikat akan menjadi kukuh,’’ katanya.

Sun Life Malaysia juga menyaksikan peningkatan penerimaan terhadap perlindungan insurans dan takaful berikutan pandemik COVID-19 dan sedang berusaha untuk menawarkan perlindungan insurans dan takaful yang boleh diakses kepada segmen pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan tersebut.

“Itulah sebabnya kami melihat banyak pasaran yang belum diteroka dalam menyediakan lebih banyak penyelesaian takaful keluarga di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru