Trending

Suntik semangat pelajar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LUNDU: Tujuh puluh pelajar tingkatan satu yang tergolong dalam keluarga B40 di kawasan Tanjong Datu menerima sumbangan bantuan untuk persediaan ke sekolah.

Antara barangan yang disumbangkan termasuk kasut sekolah oleh pengeluar jenama Pallas dan kalkulator saintifik daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu sangat baik dalam meringankan beban keluarga.

“Program seperti ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa serta memberi suntikan semangat kepada pelajar.

“Justeru, kita sedaya upaya berusaha memastikan pendidikan anak-anak kita sentiasa mendapat perhatian sewajarnya dalam melahirkan pelajar yang lebih cemerlang, kreatif dan holistik,” katanya, semalam.

Tambahnya, tumpuan beliau adalah untuk memperkasa pendidikan anak-anak terutamanya golongan B40 melalui pelbagai program yang dianjurkan. 

“Antaranya termasuk program anjuran dengan kerjasama pelbagai pihak seperti sumbangan beg sekolah, bantuan kewangan sekali beri kepada pelajar B40, program gunting rambut, sumbangan raya kepada anak-anak sekolah dan lain-lain.

“Untuk itu, saya ingin menyatakan bahawa tiada siapa akan terpinggir dalam arus pendidikan di kawasan parlimen ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada pihak Pallas dan YKN atas sumbangan yang diberikan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Kasut Pallas Brandon Heng Hong Jie turut hadir.

Selain Lundu, sumbangan sama turut diagihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Padawan seramai 230 orang menjadikan jumlah penerima sumbangan sebanyak 300 orang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru