ARTIKEL

Abang Johari (dua kanan) ketika menghadiri taklimat syarikat Samsung E & A Corporation dalam rangka kerja dua hari delegasi Kerajaan Sarawak di Seoul, Korea Selatan, hari ini. | Foto: Pejabat Premier Sarawak

Suntikan pelaburan AS$460 bilion ke dalam ekonomi Sarawak dijangka hingga 2050, realisasikan SNEH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaburan keseluruhan bernilai AS$460 bilion (kira-kira RM2.15 trilion) dijangka disuntik ke dalam ekonomi Sarawak hingga tahun 2050 bagi merealisasikan cadangan pembangunan projek Hab Tenaga Baharu Sarawak (SNEH) di Bintulu.

Menurut Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jumlah anggaran tersebut merangkumi perbelanjaan kerajaan, pelaburan sektor swasta serta penyertaan ekuiti.

Kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) Projek H2biscus. – Foto: Pejabat Premier Sarawak

“Hab yang dipacu oleh tenaga baharu, terutamanya kuasa hidro dari empangan ini, akan menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Antaranya ialah tenaga hidrogen dan ammonia yang akan dieksport ke negara lain di rantau ini, khususnya Korea,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat syarikat Samsung E & A Corporation yang disampaikan oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Park Cheon Hong, dalam rangka kerja dua hari delegasi Kerajaan Sarawak di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, selepas memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan syarikat yang terlibat lebih tiga tahun lalu, projek di Bintulu yang merupakan sebahagian daripada SNEH berjalan lancar dan hanya beberapa isu perlu diselesaikan antara pelabur dengan Kerajaan Sarawak.

Abang Johari turut memberitahu, Sarawak komited untuk mencapai sasaran penghasilan penjanaan tenaga hingga 10 gigawatt (GW) pada 2030 bagi memenuhi permintaan yang menggalakkan, terutamanya bagi tenaga boleh diperbaharui.

“Permintaan tinggi untuk tenaga hijau di Sarawak juga dibuktikan dengan keperluan kuasa hingga 1.3GW bagi projek SNEH,” jelasnya.

Di samping itu, katanya, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui semasa lawatan duta mereka ke Kuching baru-baru ini.

“Mereka menyatakan bakal mempertimbangkan untuk menubuhkan bank EU di Sarawak bagi menyediakan sumber pembiayaan pelaburan sektor tenaga hijau di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, tentang taklimat tersebut, beliau berkata antara lain ia berhubung kajian semula projek hidrogen H2biscus serta SNEH yang dilaksanakan oleh syarikat Samsung E & A, LOTTE Chemical Corporation dan Korean National Oil Corporation (KNOC) dengan SEDC Energy, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Sebelum sesi taklimat tersebut, Kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Hardin, menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) untuk projek H2biscus.

Samsung Engineering akan melaksanakan Kerja Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Depan (FEED) untuk loji hidrogen hijau dengan kapasiti tahunan 150,000 tan dan loji penukaran ammonia hijau dengan kapasiti 850,000 tan.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, dan Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup