ARTIKEL

Ming Tee (kiri) menyampaikan insentif kepada pasangan baharu berkahwin.

SUPP Cawangan Pelawan salur insentif RM270,000 kepada pasangan pengantin baharu, bayi baharu lahir sejak 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Insentif berjumlah RM270,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pelawan kepada pasangan pengantin baharu dan bayi baharu dilahirkan di kawasan Pelawan sejak 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata program itu telah memberi keceriaan dan manfaat kepada 263 pasangan pengantin baharu dan 471 bayi baharu dilahirkan di mana setiap pasangan pengantin baharu menerima RM500 dan setiap bayi baharu dilahirkan menerima RM300.

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif itu diilhamkannya sendiri sebagai satu bentuk galakan kepada pasangan muda untuk berkahwin selain membantu ibu bapa dalam perbelanjaan bayi baharu mereka.

“Golongan muda pada masa kini memerlukan banyak keberanian dan sumber kewangan bagi menangani keperluan harian mereka dalam perbelanjaan rumah tangga, begitu juga dengan ibu bapa yang mempunyai bayi baharu dan memerlukan perbelanjaan untuk membeli keperluan. Ia sangat mencabar.

“Sebagai wakil rakyat, melalui program ini, sekurang-kurangnya saya dapat memberi semangat, sokongan serta membantu mereka dalam keperluan harian, khususnya kepada pasangan pengantin baharu dan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyampaikan insentif kepada 12 pasangan pengantin baharu dan 76 bayi baharu lahir di sini semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II itu mengaku terdapat keperluan untuk menggalakkan lebih ramai pasangan berkahwin melahirkan anak kerana ketika ini penurunan kadar kelahiran dicatatkan di negara ini.

Menurutnya, pada 1970, kadar kelahiran di Malaysia ialah nisbah 4.9 bagi setiap pasangan yang menurun kepada nisbah 1.6 bagi setiap pasangan pada 2022, dan penurunan ini agak serius dan tidak baik buat Sarawak.

“Jika kita terus mempunyai trend kadar kelahiran rendah ini tanpa peningkatan, tidak lama lagi Sibu akan menjadi bandar orang tua.

“Kita semua akan kekal sebagai warga emas tanpa anak muda yang berkhidmat kepada masyarakat,” tambahnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kekurangan tempat persalinan bayi di pusat membeli-belah di Sibu, Ming Tee berkata, memandangkan pusat beli-belah dimiliki oleh entiti swasta, beliau akan cuba bekerjasama dengan mereka.

“Saya percaya mereka lebih gembira untuk menyediakan perkhidmatan sedemikian kerana ia akan menarik lebih ramai ibu bapa yang mempunyai bayi untuk membeli-belah di pusat beli-belah mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan