HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

SUPP pilih calon kerap turun padang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
 Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian ketika ditemu-bual selepas menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tempoh enam bulan (Jun hingga Disember 2022) di ibu pejabat MPP, di sini hari ini.
Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian ketika ditemu-bual selepas menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tempoh enam bulan (Jun hingga Disember 2022) di ibu pejabat MPP, di sini hari ini.

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyifatkan Datuk Sim Kiang Chiok sebagai tidak mencapai standard untuk dicalonkan bagi kerusi Parlimen Stampin.

Menurutnya ia kerana pengerusi SUPP Cawangan Stakan itu telah secara terbuka menyatakan dirinya sebagai calon berpotensi bagi memenangi dan merampas semula kerusi itu untuk SUPP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, yang kini disandang Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Beliau menegaskan untuk mengesyorkan seseorang menjadi calon, ia bergantung kepada keputusan jawatankuasa induk parti dan bukannya cawangan.

“Secara tradisi, semua cawangan akan mencalonkan calon mereka tetapi mereka tidak boleh mencalonkan secara terbuka kerana jika mereka tidak terpilih, ia akan menjadi sangat memalukan.

“Ini bermakna anda tidak mencapai standard…anda fikir mencapai standard?

“Anda secara terbuka memberitahu orang bahawa anda adalah yang terbaik tetapi anda tidak mencapai standard, bagaimana…sangat memalukan,” katanya bagi mengulas mengenai tindakan SUPP Cawangan Stakan melancarkan kempen Pasukan Dato Sim Kiang Chiok, untuk memperkenalkan pengerusi mereka itu sebagai calon berpotensi bagi kerusi Parlimen Stampin pada PRU-15 nanti.

Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual selepas menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tempoh enam bulan (Jun hingga Disember 2022) di ibu pejabat MPP, di sini hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru