SUPP sedia khidmat daftar program imunisasi covid-19 Kebangsaan

BINTULU: Sekretariat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjung Batu turut membantu proses pendaftaran golongan sasar menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusinya Johnny Pang berkata, orang ramai boleh datang ke pejabat parti cawangan itu bagi mendapatkan mendaftar sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kerajaan jelasnya, telah menyenaraikan beberapa kaedah pendaftaran termasuk melalui aplikasi MySejahtera, laman web dan atas talian, dengan harapan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dapat berjalan lancar. Ini kerana katanya, masih banyak golongan seperti warga emas memerlukan bantuan terutama mengenai maklumat dan pendaftaran bagi menerima vaksin tersebut.

“Individu dewasa berusia 18 tahun ke atas, warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan berisiko tinggi yang menghidap penyakit kronik digalakkan untuk mendaftar program vaksinasi seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia”, ujarnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Mac 2021

Suara Sarawak