SUPP yakin KM rangka strategi lawan PH untuk PRN

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah mempunyai strategi untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) menentang Pakatan Harapan (PH) Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

“Kami tunggu arahan Ketua Menteri. Ini adalah pertembungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G),” katanya ketika ditemu-bual di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa PRN12 ini adalah menyaksikan pertembungan bersejarah antara kerajaan dengan kerajaan, iaitu parti pemerintah persekutuan dengan parti pemerintah tempatan.

Sementara itu, Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa SUPP dijangka bertanding di 20 kerusi.

Bahkan, beliau juga tidak mahu menyentuh tentang kehadiran Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dijangka memberi ancaman besar kepada GPS dan SUPP amnya.

“Tidak semua kerusi akan ditandingi PSB,” katanya.

Gambar fail

Suara Sarawak