ARTIKEL

Suri rumah didakwa bunuh kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah rumah di Taman Malcop di sini.

Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Suri rumah itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan dengan menyebabkan kematian Iman Adelia Yusullah antara 5 dan 10 Jun lepas. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pada 11 Jun lepas media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malcop di sini.


Polis menerima laporan mengenai kes itu sekitar pukul 9.45 pagi pada 10 Jun, selepas kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.


Sementara itu suasana sedih dan tangisan beberapa ahli keluarga arwah Iman Adelia memenuhi ruang luar Mahkamah Majistret di sini.


Siti Nur Hidayatul Akmar Mohd Zamry, 28, ibu kepada kanak-kanak malang itu berkata pihaknya hanya mahukan keadilan.


“Pihak kami mahu keadilan dan gambar arwah juga sudah tersebar… kami mahu hukuman sewajarnya kepada tertuduh,” katanya.


– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi