Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Suri rumah digalakkan carum Perkeso, lindungi waris

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Suri rumah digalakkan carum Perkeso, lindungi waris Pencen Penakat Perkeso kepada waris seorang pencarum, Allahyarham Nuratirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

KUCHING: Golongan suri rumah di negara ini amat digalakkan untuk mencarum Skim Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diperkenalkan pada 1 Disember lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, skim itu amat bermanfaat kepada golongan tersebut sebagai perlindungan sekiranya berlaku sebarang insiden mahupun kemalangan yang boleh menjejaskan keupayaan mereka menguruskan rumah tangga.

“Sebagai contoh, kes seorang suri rumah yang meninggal dunia pada 26 Disember tahun lepas, keluarganya layak menerima Pencen Penakat kerana dia adalah seorang pencarum Perkeso.

Suri rumah digalakkan carum Perkeso, lindungi waris Pencen Penakat Perkeso kepada waris seorang pencarum, Allahyarham Nuratirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

“Pemberian faedah ini adalah untuk suami dan anaknya. Sekiranya anak tersebut melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti pada masa akan datang, pihak Perkeso turut akan membantu,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada waris seorang pencarum, Allahyarham Nuratirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya kes kematian mangsa Nuratirah, 22, itu telah dikenal pasti oleh pihak Perkeso setelah tular ia di media sosial, arwah yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun dan meninggal dunia sehari selepas meraikan hari jadi pertama anaknya itu.

“Hasil siasatan dan semakan Perkeso mendapati waris arwah layak membuat tuntutan faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

“Waris akan menerima faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000 beserta pencen bulanan sehingga anak mencapai umur 21 tahun,” jelasnya.

Setakat ini terdapat lebih 40,000 pencarum yang merupakan suri rumah di Sarawak ini telah mencarum dengan SKSSR.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru