ARTIKEL

Suri rumah perlu mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih ramai suri rumah yang berpendapatan rendah di Sarawak perlu mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Setakat ini, Sarawak merekodkan sekitar 1,869 suri rumah yang berada dalam golongan berpendapatan rendah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, skim tersebut mampu memberi manfaat kepada pencarum.

Pengarah PERKESO Tan Phang Chia menyerahkan Faedah Pengurusan Kematian dan Jenazah PERKESO di bawah SKSSR lkepada Amran Abdullah @ Camsi Masol, suami kepada Allahyarham Alina Salleh. Turut disaksikan Fatimah.

“Oleh itu, Sarawak menyokong penuh Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) dan berharap agar Bajet 2023 merangkumi bantuan untuk diberikan kepada suri rumah.

“Besar harapan agar Bajet 2023 menyediakan bantuan supaya golongan sasar tersebut boleh membuat caruman, sekali gus menyumbang kepada skim itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Fatimah turut menyaksikan penyerahan Faedah Pengurusan Kematian dan Jenazah PERKESO di bawah SKSSR berjumlah RM2,000.

Penyerahan diserahkan oleh Pengarah PERKESO Tan Phang Chia kepada Amran Abdullah @ Camsi Masol, suami kepada Allahyarham Alina Salleh yang meninggal dunia pada 12 Dis 2022.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit