ARTIKEL

Suri rumah rugi lebih RM15,000 terpedaya tawaran kerja ‘review’ hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terpedaya dengan iklan tawaran kerja ‘review’ hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 33 tahun itu mendakwa menerima iklan tersebut daripada ibu saudaranya sebelum berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp pada 14 Mei lepas.

“Mangsa kemudian diterangkan mengenai tugasan atau ‘review’ hotel oleh sebuah syarikat dan pembayaran dalam aplikasi diberikan, dengan pulangan komisen antara enam hingga 10 peratus berdasarkan jumlah wang dibayar semula kepada akaun mangsa.

“Pada awalnya, dia membuat 14 kali transaksi dan menerima pulangan wang dalam akaun banknya namun untuk tugasan ke-15, aplikasi tersebut bermasalah dan mangsa diminta membuat bayaran lain sebelum komisen diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata wanita itu kemudian membuat empat kali transaksi tetapi tidak menerima komisen yang dijanjikan selain masih perlu membuat pembayaran lain.

Menyedari diri telah ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

BERITA TERBARU