ARTIKEL

Suri rumah rugi RM126,000, terpedaya love scam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seorang suri rumah mengalami kerugian lebih RM126,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan cinta menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong memberitahu, mangsa berusia 45 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook pada awal Februari lalu.

“Mangsa berkenalan dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai James Chong, kononnya berasal dari Amerika Syarikat.

“Mangsa dalam laporannya mendakwa suspek menjanjikan hadiah dari luar negara berupa barang kemas dan wang tunai dolar AS yang akan dihantar melalui pos,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beberapa hari kemudian, ujar beliau, mangsa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri dari pihak kargo atas alasan perlu membuat bayaran cukai ‘clearance’ kerana kandungan bungkusan itu mengandungi barang kemas dan wang tunai yang banyak.

Mangsa yang terus percaya kemudian telah membuat pembayaran sebanyak 13 kali transaksi sejak 20 Januari hingga 7 Mac lalu ke dalam akaun bank tempatan berjumlah RM126,320.

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila panggilannya disekat dan membuat laporan polis di Balai Polis Kanowit pada 9 Mac lalu,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut seksyen 420 kanun keseksaan atas kesalahan menipu.

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu