KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak (PCS) diharap dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, selamat dan dipercayai supaya memudahkan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan awam merupakan tunjang negara dan adalah penting mempunyai perkhidmatan yang kukuh, cekap dan berdedikasi kepada rakyat sekali gus sejajar dengan PCDS 2030.
“Oleh itu, tranformasi perlu dikongsi dan dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif dilaksanakan secara berpasukan yang terdiri daripada PSC, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (HRDM) dan agensi-agensi lain.
“Kita bukan sahaja memerlukan penjawat awam yang terlatih malah mempunyai kemahiran dan sikap yang betul dalam melaksanakan tanggungjawab. Ini adalah perkara penting dalam PCS bagi memastikan mereka yang dilantik diambil dan layak dinaikkan pangkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca teks yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada Majlis Raya-Ngiling Bidai Gawai Dayak SPANS 2023, di sini, malam tadi.
Tambah beliau, adalah penting bagi penjawat awam dibekalkan dengan peluang latihan dan pembangunan supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan berkesan sekali gus menggunakan potensi sebaik mungkin.
Turut hadir dalam majlis terbabit ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak Datu Dr Sabariah Putit.
Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.