KUCHING: Sushi Myy tetap mendapat sambutan pelanggan khususnya di sekitar bandar raya Miri, meskipun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengusaha Sushi Myy, Nurul Afina berkata, dia dan suami tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Meskipun agak terkesan dengan pelaksanaan PKPB di Miri, namun kami tetap menerima tempahan daripada pelanggan dalam talian. “Kami terpaksa menutup gerai di Tanjung Lobang kerana tidak ramai pengunjung datang ke situ ekoran pergerakan yang terhad ,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.
Menurut Afina, keuntungan yang diperoleh juga agak berkurangan dalam tempoh ini, dan khususnya di sekitar bandar raya Miri, meskipun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengusaha Sushi Myy, Nurul Afina berkata, dia dan suami tetap menjalankan perniagaan sekami tetap menerima tempahan daripada pelanggan dalam talian.
“Kami terpaksa menutup gerai di Tanjung Lobang kerana tidak ramai pengunjung datang ke situ ekoran pergerakan yang terhad ,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.
Menurut Afina, keuntungan yang diperoleh juga agak berkurangan dalam tempoh ini, memandangkan perniagaan sekarang bergantung sepenuhnya dengan pesanan dalam talian.
Katanya, mereka hanya menyediakan pesanan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram dengan penghantaran pesanan dibuat dari rumah ke rumah.
“Tempoh ini agak mencabar kerana kami memerlukan usaha yang lebih untuk meneruskan perniagaan Sushi Myy.
“Sejajar dengan saranan pihak berkuasa, kami juga memastikan keselamatan pelanggan sentiasa terjaga dengan mengamalkan garis panduan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial ketika menjalankan urus niaga,” katanya lagi.
Afina juga berharap semua pelanggannya memahami situasi yang dihadapi pada tempoh ini serta sentiasa berhati-hati antara satu sama lain.
Sushi Myy kini disediakan dalam lima set iaitu A, B, C, D dan dalam setiap satu set terdapat lima jenis sushi. Satu set ditawarkan dengan harga RM5.
Sebelum ini, Afina dan suaminya, Abang Izzan Safwan membuka gerai sushi di Tanjong Lobang, Miri bermula 4 petang hingga 10 malam.
Sejak peningkatan kes Covid-19 di Miri, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan menutup sementara gerai tersebut sebaliknya meneruskan perniagaan tersebut dari rumah.
Seluruh bahagian Sarawak kecuali Sibu melaksanakan PKPB pada 13 hingga 26 Januari lalu, namun ia dilanjutkan hingga 14 Februari ini.
Lanjutan tempoh pelaksanaan PKPB itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu.

Jurulatih baharu Sarawak United FC
KUCHING: Presiden Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberi bayangan