SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Suspek kes bunuh pekerja ladang di Lundu ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Polis berjaya menangkap dua lelaki tempatan, yang disyaki suspek kes pembunuhan seorang pekerja ladang kelapa sawit di Lundu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kedua-dua suspek yang berumur 24 dan 25 tahun dicekup di hadapan bangunan CIQ Biawak, Lundu, semalam.

“Pasukan polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah siasatan terperinci akan dijalankan dalam pelbagai sudut.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya.

Menurut Mohd Azman, pihaknya menerima laporan mengenai satu kes bunuh yang berlaku di hadapan ladang Polima Sdn Bhd, Lundu pada 10 Mac lalu, kira-kira jam 9.20 malam.

Katanya hasil siasatan mendapati suspek telah menyerang mangsa, yang merupakan pekerja ladang berumur 25 tahun di bahagian kepada dan muka sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru