Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Suspek kes curi kenderaan ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CEDERA... Suspek yang cedera ketika ditahan polis.
CEDERA… Suspek yang cedera ketika ditahan polis

KUCHING: Seorang lelaki yang disyaki suspek kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini berjaya ditangkap di kawasan Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan sekitar jam 10.45 pagi.

Katanya, lelaki terbabit dilaporkan memiliki senjata tajam dan merbahaya serta mengalami kecederaan semasa ditangkap.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, Ahsmon berkata dua kertas siasatan kini telah dibuka di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan).

Katanya, jika disabitkan kesalahan, suspek bakal dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan polis,” tegasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru