Trending

Suspek kes tembak di Sibu ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Polis menahan dua lelaki yang disyaki suspek kes tembakan di sebuah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman pada malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kedua-dua lelaki berusia 36 dan 45 tahun itu ditahan di sini, hari ini.

“Kedua-dua suspek akan ditahan direman selama lima hari bermula esok (Khamis) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan,” katanya yang dihubungi.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama-sama dua rakannya berusia 46 dan 36 tahun hendak beredar meninggalkan kebun itu selepas makan malam di situ.

Salah seorang rakan mangsa turut mengalami kecederaan di muka akibat terkena tembakan manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru