ARTIKEL

Suspek tipu Jessica Iskandar berjaya ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PELAKON, Jessica Iskandar dan Vincent Verhaag menarik nafas lega selepas suspek penipuan sebanyak 9.8 juta rupiah (RM2,968) ditahan di Thailand. 

Suspek tersebut dilapor diterbangkan ke Indonesia untuk menjalani prosiding undang-undang.

Peguam Jessica Iskandar, Ronald P. Tolu berkata, anak guamnya mengalu-alukan kedatangan Christopher Steffanus atau Steven setelah menunggu selama satu tahun setengah. 

Dalam kesempatan itu, Jessica Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo dan Polda Metro Jaya yang mengejar suspek termasuk penipuan di luar negara.

Jessica Iskandar yang ditemani Vincent Verhaag “menyambut” ketibaan Steven di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta sambil menjerit kerana tidak dapat mengawal emosinya apabila suspek tiba di bawah kawalan polis.

“Sudah tentu saya menjadi emosi kerana sejak setahun setengah lalu saya berusaha keras memproses kes ini,” kata Jessica Iskandar yang dipetik daripada sidang media video di saluran YouTube Intens Ilmu, baru-baru ini.

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU