ARTIKEL

Susun strategi juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia perlu bijak menguruskan kerjayanya lebih-lebih lagi selepas diletakkan sebagai prospek untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik menerusi program Road To Gold (RTG).

Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, pemain nombor empat dunia itu perlu menyusun semula keutamaannya untuk bergelar juara dunia dan merealisasi impian meraih emas sulung buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau juga menggesa Zii Jia meneladani resipi kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang menggandakan latihan daripada semua aspek untuk bergelar jaguh dunia.

“Apakah Zii Jia mempunyai ketahanan mental dan disiplin untuk berjaya sebagaimana Chong Wei?

“Bukanlah rahsia Chong Wei konsisten disebabkan beliau sedia berlari lebih jauh daripada rakanrakan sepelatih lebih muda serta mampu mengangkat bebanan lebih berat daripada yang lain.

“Chong Wei melakukan pengorbanan yang tidak dapat dilakukan oleh atlet lain, sebab itu dia boleh pergi jauh daripada yang lain,” katanya kepada Sukan Sinar.

Pada Jumaat, Zii Jia bersama 14 lagi atlet disenaraikan dalam projek RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Baca lain  Piala FA Serian 2023: Gedong sedia gempur Grace

Susulan pengumuman tersebut pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu yang mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Sabtu meluahkan hasrat untuk membawa pulang emas buat negara.

Dalam pada itu, Rizal memberitahu, Zii Jia bertuah kerana mendapat perhatian khusus daripada Hannah yang sedia membantu kerjaya dan masa depannya.

“Zii Jia beruntung kerana ada Chong Wei untuk dijadikan sebagai pakar rujuk.

“Zii Jia juga beruntung kerana dipertimbangkan menjadi atlet RTG walaupun tidak bernaung dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Zii Jia beruntung kerana berdikari atas tajaan beberapa syarikat yang sudi melabur ke atas bakatnya.

Soalnya bagaimana menterjemah keuntungan ini kepada faedah untuk negara,” katanya.

Secara realistik kata Rizal, andai Zii Jia dapat memenuhi potensinya, beliau adalah prospek pingat emas bersama Datuk Azizulhasni Awang.

“Cuma kenapa beliau hilang fokus dan baru kini terbit semula semangatnya untuk menang?

“Adakah Zii Jia tidak mempunyai rakan sepelatih berkualiti?

Adakah beliau tidak mendapat bimbingan seorang jurulatih yang tahu apa yang perlu dilakukan?,” katanya.

Baca lain  Pan Gon akui tertekan bimbing skuad Harimau Malaya

Rizal juga berharap Zii Jia dapat mempelbagaikan corak dan teknik permainannya untuk menjadi pemain versatil.

“Daripada segi teknik dan taktik, adakah corak permainannya mudah dibaca?

Adakah cukup andai ada seorang pakar psikologi dapat memperkasakan fokusnya?

“Andai Zii Jia dapat menjawab persoalan ini beliau harus menjadi prospek emas di Paris 2024,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU