ARTIKEL

Suyula Platform raih status Malaysia Digital oleh MDEC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Shoraka Suyula Platform Sdn Bhd (SSP), cabang Shoraka Digital telah diberikan pengiktirafan sebagai syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

SSP berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa syarikat itu telah memperoleh status terbilang ini bagi penyelesaian inovatifnya yang berpotensi untuk berkembang secara global dalam landskap Ekonomi Digital Islam.

“Produk unik Re-Rahnu, yang pertama seumpamanya di dunia, diurus niaga di Platform Suyula yang merupakan pasaran digital yang secara tidak langsung memudahkan akses lancar dan cekap kepada pembiayaan kecemasan jangka pendek untuk segmen masyarakat yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.

“Dengan pendekatan berwawasan, SSP telah memanfaatkan potensi industri Ar-Rahnu untuk menangani keperluan kewangan mereka yang sering diabaikan oleh perkhidmatan kewangan tradisional,” katanya.

Pengasas Bersama Shoraka Digital Johar Amat berkata penganugerahan status ini membuka ruang bagi perluasan antarabangsa, dengan memberi manfaat daripada peluang padanan perniagaan, geran eksport, latihan, kemudahan pembiayaan, dan lain-lain.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MDEC atas dedikasinya dalam memajukan industri fintech Islam.

Baca lain  AirAsia lancar laluan Kuching-Jakarta, mula 15 Jun depan

Dianugerahkan status MD bukan sahaja pengiktirafan terhadap usaha kami, tetapi ia juga membuka jalan untuk kami memanfaatkan jangkauan global MDEC,” katanya.

Status Malaysia Digital yang diberikan kepada SSP oleh MDEC bukti kuasa transformatif keupayaan penyelesaian fintech inovatif dalam menggalakkan inklusiviti kewangan.

SSP terus komited dalam membawa perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif inovatifnya. – BERNAMA

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU