ARTIKEL

SUZANNA Malam Jumat Kliwon kisah dendam sundel bolong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Suzanna: Malam Jumat Kliwon merupakan filem seram terbaharu Indonesia yang kembali mengisahkan watak legenda Suzzanna lakonan Luna Maya.

Dalam filem seram hantu hit ikonik 80-an Indonesia ini, Luna Maya bergandingan bersama-sama Achmad Megantara, Tio Pakusadewo dan Sally Marcellina.

Suzzanna: Malam Jumat Kliwon arahan Guntur Soeharjanto dengan skrip Ferry Lesmana, Sunil Soraya, dan Tumpal Tampubolon.

Luna Maya sekali lagi memegang watak Suzzanna. Dia sebelum ini turut memainkan watak ikonik tersebut dalam Suzzanna: Breathing in a Grave (2018).

Filem ini berlatarkan1980-an tentang pasangan bernama Suzzanna (Luna Maya) dan Surya (Achmad Megantara) yang menjalinkan hubungan cinta dan sangat menyayangi antara satu sama lain.

Hubungan Suzzanna dan Surya turut memasuki lembaran baharu apabila mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, ia terhalang disebabkan masalah hutang ibu bapa Suzzanna terhadap Raden Aryo (Tio Pakusadewo) – nakhoda dan orang terkaya di kampung itu. 

Ibu bapa Suzzanna tidak mempunyai wang yang mencukupi, jadi mereka meminta cara lain untuk membayar hutang.

Raden Aryo kemudiannya memberi syarat supaya hutang tersebut dianggap lunas dengan mengahwini Suzzanna sebagai isteri kedua.

Mereka tiada pilihan dan akur dengan permintaan Raden Aryo.

Hubungan Suzzanna dengan Surya juga terkandas akibat kahwin paksa itu.

Beberapa ketika selepas berkahwin, Suzzanna segera hamil anak pertama Raden Aryo.

Ia mencetuskan rasa cemburu Minati (Sally Marcellina), isteri pertama Aryo yang tidak memiliki anak.

Minati akhirnya menemui bomoh meminta pertolongan.

Dia mahu memeras ugut Suzzanna yang ketika itu sarat mengandung.

Percubaan sihir itu berjaya sehingga Suzzanna meninggal dunia semasa mengandung, tepat pada malam Jumaat Kliwon.

Dia menjadi roh yang ingin membalas dendam ke atas pendosa masa lalunya, terutama pelaku sihir tersebut.

BERITA LAIN

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Meerqeen bermisai

PELAKON, penyanyi dan model, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu seperti “Sarjan Misai”.  Menerusi video tular

Karina Aespa dilatih jadi pramugari

PENYANYI Korea Selatan, Karina Aespa mendedahkan dia pernah bercitacita mahu menjadi pramugari dan memasuki akademi bahasa Cina.  “Saya pada asalnya dilatih untuk menjadi pramugari. Saya

Himpun irama Melayu Sarawak

BERTEMAKAN “Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baharu”, Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) berjaya menampilkan enam kesenian irama tradisional

BERITA TERBARU