S’wak capai bekalan elektrik sepenuhnya 2025

KUCHING: Sarawak berada di landasan yang tepat dalam mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2025 melalui Pelan Induk Pencepatan elektrifikasi luar bandar . Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti, Datuk Ir. Alice Jawan Empaling yakin rancangan itu dapat dicapai walaupun terdapat pelbagai cabaran seperti bentuk muka bumi serta nisbah penduduk bandar ke luar bandar yang mencecah 55 hingga 45 peratus.

“Pada tahun lepas, kami mencapai 98 peratus liputan domestik secara keseluruhan diikuti 95 peratus liputan luar bandar yang kini dalam proses untuk mencapai 100 peratus elektrik di Sarawak menjelang 2025.

“Ini sejajar dengan matlamat pembangunan lestari PBB untuk memastikan akses kepada tenaga yang berpatutan, dapat dipercayai, mempan dan moden untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Minggu Tenaga Asia Antarabangsa Ke-6 yang diadakan di Singapura pada 15 hingga 18 Mac lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mac 2021

Suara Sarawak