ARTIKEL

S’wak catat 654 kes baharu, 10 kematian, tertinggi setakat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatat jumlah kematian tertinggi harian akibat wabak Covid-19 dengan 10 kes dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 ini telah meningkat kepada seramai 294 orang.

“Empat daripada kematian yang dilaporkan hari ini berlaku di Miri, dua kematian masing-masing dilaporkan Sibu dan Sri Aman.

“Manakala satu kematian dilaporkan dari Kapit dan Kuching,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Tambah JPBNS, Sarawak hari ini melaporkan sebanyak 654 kes baharu Covid-19 dan 405 atau 61.93 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Miri.

Menurutnya, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (219), Sibu (102), Miri (84), Bintulu (54), Samarahan (33), Tanjung Manis (27), Kapit (17), Lubok Antu (17), Betong (15), Mukah (13), Sri Aman (10), Bau (9), Asajaya (9), Subis (7), Lundu (7), Meradong (7), Serian (5), Julau (3), Tatau (3), Bukit Mabong (2), Kanowit (2), Sarikei (2), Dalat (2), Pakan (2), Beluru (1), Saratok (1) dan Selangau (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 47,329.

“Daripada 654 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 533 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau