ARTIKEL

S’wak, China ke arah pembangunan lebih mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak komited untuk bekerjasama dengan China, ke arah pembangunan lebih mampan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, bandar pintar dan inovasi teknologi.

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama itu adalah untuk mencapai wawasan menjadi wilayah yang maju dan berpendapatan tinggi, yang didorong oleh data dan inovasi pada 2030.

“Kerjasama ini bakal membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“Kami berharap hubungan dua hala terus berkembang lebih kukuh, yang menjadi salah satu kuasa penggerak utama untuk pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan,” katanya sempena Malaysia-China Summit 2024 : Siri Penglibatan Jaringan Kerjasama Di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Hadir sama Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Weiping dan ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Abang Johari berkata pelaburan dari China mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di rantau ini.

Tambahnya, sistem Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan satu lagi projek kerjasama antara Sarawak dengan China, yang membawa kepada satu langkah penting untuk meletakkan Sarawak sebagai peneraju untuk menerima pakai mobiliti hijau yang canggih.

“Tiga unit pertama bas berkuasa hidrogen dan ART berkuasa hidrogen dibuat di China.

Penyertaan China dalam projek ART dengan membawa masuk kepakaran dan teknologi telah menggalakkan sistem pengangkutan bandar yang moden, mampan dan cekap,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU