S’wak kekalkan PKPB

KUCHING: Sarawak kekal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) “circuit breaker” yang sedia ada.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pelaksanaan sedia ada itu kekal diteruskan bermula dari 7 hingga 17 Mei di seluruh Sarawak.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Katanya ia melibatkan larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan berkuat kuasa pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021.

Manakala katanya, tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Suara Sarawak