S’wak masih alami kekurangan guru

KUCHING: Sarawak masih kekurangan sekitar 3,000 guru, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Manyin yang juga Adun Tebedu berkata demikian setelah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tebakang pada Isnin.

Sementara itu ketika dihubungi Suara Sarawak semalam, Manyin menjelaskan kekurangan tersebut itu melibatkan guru sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama dibincangkan oleh pihak kita. Kita juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai hal ini.

“Justeru, saya akan keluarkan satu kenyataan media mengenai perkara ini… kemungkinan hari ini. Anda tunggu sahaja kenyataannya,” kata Manyin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Sarawak sudah mencapai sasaran nisbah 90:10 guru tempatan iaitu guru yang berkhidmat di negeri ini ialah rakyat tempatan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021

Suara Sarawak